
PETALING JAYA: Tiga anak muda Sarawak memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuching, pada petang Selasa, supaya diberikan hak mengundi dalam mana-mana pilihan raya yang dijalankan selepas 15 Dis.
Mereka memfailkan perkara itu terhadap Pendaftar Pilihan Raya Sarawak dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Clement Wong, antara seorang peguam yang mewakili pemohon, berkata semakan kehakiman difailkan supaya mereka diberikan hak mengundi dalam mana-mana pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN).
Pemohon iaitu tiga anak muda yang menetap di Kuching, terdiri daripada seorang gadis; Avril Clarice Chin Ning, 18 dan dua remaja lelaki…