Hot FM

MAIPs beri sumbangan Ramadan, bantu rakyat Malaysia di Perancis


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail email pic 24226
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan sumbangan MAIPs kepada wakil Masjid Les Abeilles di Paris.
PETALING JAYA:

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) tidak ketinggalan dalam melaksanakan tanggungjawabnya membantu rakyat Malaysia di luar negara menerusi beberapa sumbangan, termasuk menyokong program infaq sempena Ramadan.

MAIPs berkata pihaknya menyerahkan sumbangan berjumlah RM5,000 menerusi ‘Bantuan Ibnu Sabil’ kepada Kedutaan Besar Malaysia di Paris, bertujuan membantu rakyat Malaysia yang berdepan kesukaran.

Katanya, inisiatif itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab berterusannya dalam melaksanakan agihan Tabung Ibnu Sabil di luar negara melalui beberapa pejabat Perwakilan Malaysia yang terpilih.

“Sumbangan tersebut bertujuan membantu rakyat Malaysia di Perancis yang berdepan situasi kecemasan, terputus sumber sara diri atau terkandas untuk kembali ke tanah air atau meneruskan perjalanan,” katanya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version