
PUTRAJAYA: Rayuan Majlis Agama dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk mengubah perintah hak penjagaan tiga kanak-kanak yang ditukar agama secara sepihak akan didengar 10 Jan depan.
Gunamalar Joorindanjn yang mewakili ibu mereka, Loh Siew Hong, berkata rayuan MAIPs dipercepatkan kerana ia difailkan di bawah perakuan segera. Tarikh itu ditetapkan susulan permintaan oleh peguam MAIPs, Ali Huzaifah Sharif Ahmed, ketika pengurusan kes semalam.
MAIPs memohon untuk mengubah perintah hak penjagaan diperoleh Loh dalam perceraiannya dengan bekas suami, Muhammad Nagahswaran Muniandy, yang memeluk Islam.
Mahkamah Tinggi pada 11 Okt lalu menolak permohonan MAIPs kerana berpandangan ia tidak memberi manfaat kepada kanak-kanak terbabit, yang memaklumkan mereka tidak berhasrat untuk kekal beragama Islam.
Badan agama itu minta diberikan akses kepada…