Imbas untuk muat turun aplikasi

Aktiviti Komuniti di Hot FM

MAJESTIC JOHOR FESTIVAL 2022

today12 July 2022

Background

Majestic Johor Festival 2022 anjuran Kerajaan Negeri melalui Tourism Johor dengan kerjasama pelbagai agensi bakal berlangsung pada 8 hingga 18 September 2022 di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor Bahru sebagai usaha proaktif memperlihatkan penjenamaan Majestic Johor yang mempunyai nilai tambah dengan keunikan destinasi pelancongan serta kepelbagaian seni budaya Bangsa Johor.

Pastikan anda tidak melepaskan peluang mengikuti acara tahunan ini yang menampilkan pelbagai pengisian aktiviti antaranya pameran koleksi kenderaan DYMM Sultan Johor secara eksklusif, persembahan kesenian dan kebudayaan etnik Bangsa Johor, perarakan Busana Johor, pakaian tradisi Cina, India dan kostum β€˜Superhero’, pameran dan gerai jualan daerah-daerah serta pameran pelancongan yang bukan sahaja melibatkan penyertaan domestik malah ianya juga turut disertai peserta daripada Singapura, Indonesia, Thailand dan Korea.

Anda juga dipelawa menyaksikan acara berprestij iaitu Perarakan Majestic Johor Festival Street Parade 2022 pada 17 September 2022 yang dijangka akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor.

Inilah masanya untuk anda β€œYok Round Johor” bersama keluarga dan rakan di sepanjang festival ini. Jangan lupa untuk mengamalkan dan mengutamakan kebersihan dan keselamatan diri.

Maklumat lanjut, layari Facebook Tourism Johor.

Poster Acara

Written by: Mifzal


Previous post