
PETALING JAYA:
Kumpulan majikan dan aktivis hak buruh menggesa kerajaan memastikan pusat transit pekerja asing tidak bertukar menjadi lapisan birokrasi baharu atau pusat tahanan pada hakikatnya.
Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Syed Hussain Syed Husman, berkata walaupun inisiatif itu berpotensi membantu menyelaraskan proses dokumentasi dan pemeriksaan kesihatan, keberkesanannya bergantung sepenuhnya kepada kaedah pelaksanaan.
“Sekiranya ia mewujudkan satu lagi lapisan prosedur, kelulusan atau dokumentasi, maka terdapat risiko berlaku kelewatan penempatan pekerja ke tempat kerja,” katanya kepada FMT.
Beliau turut memberi amaran sebarang kelewatan boleh menjejaskan jadual pengeluaran dan komitmen pelanggan bagi sektor kritikal yang…