Bagi pengendali sebuah spa di Johor, Rohani Saad berkata walaupun perniagaan meningkat pada hujung minggu, kehadiran pelanggan pada hari bekerja kekal perlahan.
“Walaupun kami beroperasi tujuh hari seminggu, pendapatan tetap tidak stabil. Kebanyakan pelanggan kami adalah warga Singapura yang datang pada hari Sabtu dan Ahad.
“Membayar gaji yang lebih tinggi apabila hasil keuntungan tidak menentu menyebabkan kelangsungan perniagaan yang tidak menentu.
“Dengan keadaan ekonomi sekarang, membayar RM1,700 untuk setiap pekerja adalah sukar, spa-spa lain yang baru dibuka di Johor Bahru hampir setiap hari menarik rakyat Singapura menjadikan persaingan sengit, kenaikan gaji ini akan menjejaskan perniagaan kami dengan teruk,” katanya.
Lapan therapists spa miliknya di dua cawangan di Angsana Mall dan Larkin sebelum ini memperoleh gaji pokok RM1,500 dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), juga menerima komisen dan tip.