Site icon Hot FM

Majikan tak wajib nyatakan gaji tepat dalam iklan kerja


Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata hanya mereka yang mengambil pekerja asing dan ekspatriat serta mengiklankan kekosongan di portal MYFutureJobs perlu menyatakan gaji ditawarkan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Majikan tidak diwajibkan menyatakan jumlah gaji sebenar ditawarkan ketika mengiklankan kekosongan kerja, kata Menteri Sumber Manusia V Sivakumar.

“Majikan hanya perlu menyatakan julat gaji ditawarkan,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat.

Sivakumar menjawab soalan diajukan Lim Lip Eng (PH-Kepong) sama ada kerajaan merancang mewajibkan majikan menyatakan gaji tepat ditawarkan dalam iklan kerja bagi melindungi hak pekerja.

Katanya, perkara itu hanya diwajibkan untuk mereka yang mengambil pekerja asing dan ekspatriat, serta kekosongan kerja diiklankan di portal pekerjaan MYFutureJobs.

Pada Ogos, Lim menggesa kerajaan mengguna pakai dasar untuk mewajibkan makluman gaji dalam iklan pekerjaan bagi menangani masalah penghijrahan pakar di Malaysia.

Ahli Parlimen…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version