Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Majlis fatwa Sabah putus GISBH bercanggah, seleweng ajaran Islam

today17 October 2024

Background


gisbh skibiddi
Pejabat Mufti Negeri Sabah menggesa ahli jemaah GISBH dan orang Islam yang mengamalkan fahaman dan ajaran GISBH wajib bertaubat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Majlis Fatwa Negeri Sabah memutuskan ajaran, amalan, pegangan dan fahaman ahli jemaah GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan syarikat gabungannya bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam berteraskan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Pejabat Mufti Negeri Sabah memaklumkan, keputusan itu dibuat pada Muzakarah Khas Majlis Fatwa Negeri Sabah 2024 pada 1 dan 2 Okt lepas.

“Penyelewengan ini meliputi aspek akidah, syariah, akhlak, kekeluargaan, kemanusiaan, muamalah ekonomi dan membawa kepada perpecahan umat serta boleh mengancam keselamatan negara,” menurut kenyataan Pejabat Mufti Negeri Sabah, lapor Bernama.

Menurut kenyataan itu, GISBH menyeleweng daripada sudut akidah antaranya dengan meyakini Ashaari Mohammad atau ‘Abuya’ ghaib dan akan muncul sebagai pembantu Imam Mahdi di akhir zaman.

Selain itu, penyelewengan berlaku…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post