Ia susulan petisyen daripada 173 ahli Majlis Peguam untuk adakan mesyuarat agung luar biasa.

PETALING JAYA: Majlis Peguam Malaysia akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membahaskan usul mengenai kebebasan badan kehakiman dan “menegakkan kedaulatan undang-undang”.
Majlis Peguam berkata, ini sebagai maklum balas kepada petisyen oleh 173 ahli supaya EGM diadakan.
Mesyuarat itu akan diadakan pada 10 Mei, jam 2 petang, di dewan San Choon Wisma MCA.
“Korum hendaklah 500 ahli Badan Peguam dan EGM akan dibubarkan jika korum tidak hadir pada pukul 3 petang. Sekiranya korum dicapai pada bila-bila masa antara 2 petang dan 3 petang, mesyuarat itu akan dimulakan serta-merta,” kata Majlis Peguam itu menerusi pekeliling.
Minggu lalu, FMT melaporkan 175 peguam membuat petisyen untuk mengadakan EGM Majlis Peguam Malaysia…