Majlis Peguam berkata ada peguam tidak mengetahui tindak tanduk kakitangan mereka, selain cuai membuat semakan silang berhubung rekod kewangan secara kerap.

PETALING JAYA: Firma guaman diberi peringatan supaya lebih berwaspada menguruskan akaun mereka dan kaedah mengendalikan pelanggan susulan tiga kes pecah amanah dilakukan kakitangan sokongan terbongkar.
Perkara itu dimaklumkan Majlis Peguam dalam pekeliling, baru-baru ini, oleh Lembaga Tatatertib Peguam Bela dan Peguam Cara susulan beberapa siri kes penyelewengan.
“Walaupun peguam itu dinamakan dalam aduan kepada lembaga, didapati penyelewengan ini dilakukan dua kerani dan pengurus,” kata badan itu dalam pekeliling berkenaan.
Kakitangan sokongan dikenalpasti menguruskan fail, selain berkomunikasi secara langsung dengan pelanggan tanpa memberi maklum atau mengemas kini maklumat dengan…
