Site icon Hot FM

Majlis Peguam puji tuntutan kerajaan tutup ‘kelompongan’ pekerja asing


Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata majikan tidak boleh mengelak membayar gaji pekerja dengan menggunakan alasan tiada kerja yang ada untuk mereka. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Tuntutan kerajaan bahawa bahawa majikan perlu membayar gaji pekerja asing walaupun mereka tidak diberikan kerja akan menutup satu kelompongan yang utama, kata Majlis Peguam.

Pengerusi bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian, dan Imigresen Majlis Peguam M Ramachelvam turut memuji Menteri Sumber Manusia Steven Sim kerana menegaskan bahawa pekerja berhak menerima gaji walaupun tidak diberikan sebarang kerja.

“Kelompongan bahawa majikan tidak bertanggungjawab membayar pekerja asing yang dibawa masuk oleh mereka ke negara ini kerana tiada kerja diberikan, tidak boleh lagi dijadikan alasan oleh majikan,” kata Ramachelvam dalam kenyataan.

“Keputusan kerajaan ini juga menjadi satu bentuk pencegahan untuk memastikan majikan tidak menyalahgunakan kuota kelulusan pekerja asing.

“Kerajaan juga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version