
PETALING JAYA: Kompaun RM250 mula dikenakan kepada premis perniagaan di Perlis yang masih berdegil tidak mengibarkan Jalur Gemilang, kata Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs).
Yang Dipertuanya, Norazlan Yahaya, berkata hampir 7,000 premis perniagaan yang berada di bawah kawal selia pihak berkuasa tempatan (PBT) itu merangkumi tiga daerah di Kangar, Arau dan Padang Besar.
“Kita sudah memulakan pemantauan terhadap premis perniagaan di negeri ini kerana kita sudah memberikan peringatan kepada mereka untuk mengibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan.
“Jumlah kompaun yang dikenakan adalah RM250 sama seperti langkah yang dilaksanakan oleh Majlis Bandar Raya Ipoh, tetapi kita seboleh mungkin mahukan mereka (pemilik premis) ini mengibarkan Jalur Gemilang secara sukarela sambil…