Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Majlis Umum Jantina Bayi Dikecam, Ini Penjelasan Mona Allen

today15 August 2022

Background

Pasangan pelakon, Pekin Ibrahim dan Mona Allen mengumumkan berita bakal menimang cahaya lelaki tidak lama lagi di majlis β€˜gender reveal’ yang diadakan Sabtu lalu.

Namun, disebalik perkongsian berita gembira tersebut, Mona atau Munna Hafiraneza Allen, 37, kecewa apabila terdapat segelintir pihak mempertikaikan majlis yang diadakan adalah budaya masyarakat barat.

Tujuan utama dia dan Pekin mengadakan majlis tersebut adalah untuk berkongsi secara terbuka segala pertanyaan pengikutnya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mona AllenπŸŒ™ (@mona.allen)

Meskipun pengumuman sudah dibuat, masih ada pengikut yang bertanyakan jantina anak yang bakal dilahirkan.

β€œCuba bayangkan ada 50,000 orang bertanya boy atau girl? Walaupun dah dimaklumkan untuk yang ingin tahu tapi masih ada lagi bertanya.

β€œPercayalah, takkan kita nak jawab satu persatu, agak penat. Jadi kita pilih satu tarikh dan buat pengumuman kepada umum,” katanya.

Menurut Mona, majlis yang diadakan bukan untuk bersikap riyak sebaliknya dilakukan atas sebab-sebab tertentu.

β€œJanganlah bersangka buruk, fikir secara positif. Janganlah kita ini asyik nak cari kesalahan orang lain.

β€œKita bukan sengaja atau suka-suka nak riyak dan menunjuk tetapi buat sesuatu itu ada sebab. Setiap benda mesti ada sebab,” ujarnya.

Untuk rekod, Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 dan bakal melahirkan bayi sulung mereka pada penghujung September.

Sumber: Instagram Story @mona.allen

Written by: Aqilah


Previous post