Hot FM

Majoriti 137 tak patah semangat PH pertahan Bukit Batu


Arthur Chiong Sen Sern
Calon PH Arthur Chiong Sen Sern berkata pendekatan kempen dibawa gabungan itu bersifat inklusif dengan menyantuni semua lapisan masyarakat.
KULAI:

Majoriti tipis dimenangi sebelum ini tidak melemahkan semangat calon Pakatan Harapan (PH) mempertahankan DUN Bukit Batu pada PRN Johor ke-16.

Arthur Chiong Sen Sern berkata, pertandingan kali ini perlu dilihat berdasarkan tawaran kepada rakyat termasuk polisi, manifesto dan keupayaan menjaga kebajikan penduduk di DUN itu.

“Bagaimanapun, di platform PRN ini, kita tidak melihat kepada kaum dan agama semata-mata, tetapi apa yang ditawarkan kepada rakyat.

“Dari sudut ekonomi, bagaimana kita mahu membela dan menjaga hak rakyat di Bukit Batu,” katanya ketika ditemui FMT.

Pada PRN Johor lalu, Arthur, 36, menang dengan majoriti 137 selepas mendapat keseluruhan 9,439 undi dalam pertandingan empat penjuru di DUN Bukit Batu.

Beliau menewaskan calon BN, S Suppayah dengan 9,302 undi, Tan Heng Choon (Perikatan Nasional) 3,989 undi dan Lee Ming…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version