Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Majoriti pencarum di Utara tak cukup baki simpanan asas, kata KWSP

today26 September 2024

Background


Pengarah KWSP Wilayah Utara Jeffary Mohamed Isa, berkata di Pulau Pinang sahaja 547,000 pencarum atau 73% masih belum mencapai simpanan asas.

GEORGE TOWN: Majoriti ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Wilayah Utara meliputi Perlis, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak didapati tidak mempunyai baki simpanan asas mencukupi, sekurang-kurangnya RM240,000 pada umur 55 tahun.

Pengarah KWSP Wilayah Utara Jeffary Mohamed Isa, berkata mengambil contoh di Pulau Pinang, daripada 746,000 ahli berusia 55 tahun atau ke bawah hanya 27% iaitu 199,000 ahli sahaja yang mencapai baki simpanan asas, manakala 547,000 (73%) lagi masih belum mencapai simpanan asas.

“Kecukupan kewangan ini penting apabila mereka bersara nanti, jika tidak cukup kewangan, maka mereka akan menghadapi kesukaran bukan saja untuk menanggung kehidupan seharian, tetapi juga keluarga.

“Apa yang ditetapkan KWSP sekarang adalah berdasarkan kepada simpanan asas iaitu RM240,000, namun ia bergantung kepada cara kehidupan individu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post