
KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan seorang pengarah syarikat pengiklanan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM92,500 sebagai balasan melantik sebuah syarikat menjadi subkontraktor memasang dan menyelenggara papan iklan di sekitar Paka.
Menurut sumber, suspek berusia 60 tahun dengan gelaran “Datuk” yang tidak diiktiraf itu menerima sogokan daripada pemilik syarikat yang dilantik bagi projek bernilai RM2.5 juta itu pada 2020.
“Kami mengesyaki projek ini (projek di Paka) mungkin juga tidak wujud, bagaimanapun wang rasuah itu diterima suspek menerusi akaun pihak ketiga,” katanya.
“Syarikat suspek dikatakan ditawarkan projek berkenaan melalui sebuah kementerian meliputi kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan papan iklan di seluruh Malaysia.”
Menurutnya,…