Hot FM

“Makin Cantik Macam Wanita Turki” – Kongsi Foto Bersama Kuda, Warganet Puji Kejelitaan Ira Kazar

Isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof mencuri tumpuan selepas memuat naik foto beserta sepotong video pendek ketika sedang berada di kandang kuda.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, Ira atau nama penuhnya, Faghirah Fatini Kazaruddin dilihat memakai kemeja berwarna biru lengkap dengan persalinan menunggang kuda.

“Introducing these beautiful creatures Santana and Jenggo,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Dalam pada itu, dia juga dilihat sempat meluangkan masa menunggang kuda dan membersihkan haiwan berkenaan.

Walaupun sudah hampir setahun mendiamkan diri dari media sosial, namun Ira kelihatan semakin cantik.

Malah, rata-rata waragnet memuji penampilannya yang dilihat seperti wanita Turki.

Terdahulu, nama Ira Kazar menjadi topik perbualan hangat selepas ada pihak mendakwa dririnya kini sedang berbadan dua.

Bagaimanapun, pasangan tersebut masih berdiam diri dengan spekulasi tersebut.

Sekadar info, Syamsul Yusof mengejutkan ramai pihak selepas berkongsi kepada umum bahawa dia dan Ira selamat mendirikan rumah tangga pada Januari 2023 di Masjid Besar Wilayah Songkhla Thailand.

Exit mobile version