
PETALING JAYA: Ahli akademik berpandangan kebimbangan “masa depan” sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) ekoran kadar kelahiran rendah dalam komuniti etnik itu tidak berbangkit kerana kekosongan “ditinggalkan” boleh diisi pelajar bukan Cina.
Mengulas kebimbangan Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin, Anuar Ahmad berkata sekolah aliran Cina kini menjadi pilihan kaum lain khususnya Melayu kerana ada ibu bapa mendakwa sistem pendidikannya lebih berkualiti berbanding sekolah kebangsaan (SK).
“Saya tidak bimbang kerana kemerosotan ini sebenarnya akan ditampung murid bukan Cina.
“Akhirnya kita dapat lihat SJKC sama seperti sekolah aliran kebangsaan kerana bilangan murid semakin bercampur antara Melayu, Cina, India, dan Bumiputera,” kata setiausaha kluster pendidikan dan pembangunan modal insan Majlis…
