
PUTRAJAYA: Mahasiswa yang terjejas akibat banjir perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan universiti masing-masing sebelum kembali ke pusat pengajian mereka, kata Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata ia termasuk mahasiswa baharu yang akan memulakan pengajian mereka bagi membolehkan pihak berwajib mengambil langkah sewajarnya.
“Mereka perlu maklumkan kepada pihak universiti supaya bantuan dapat diberikan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Pembelajaran Digital CIDOS Inspiring Learning Awards ke-12 (eDOLA) di sini semalam.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan pemberita sama ada mahasiswa di negeri terjejas banjir akan diberikan kelonggaran untuk mendaftar di kampus mengikut tarikh ketetapan universiti…