
KUALA LUMPUR: Setiap Ahli Parlimen perlu mengamalkan sikap berhemah selain memaksimumkan segala sumber yang ada untuk menyantuni keperluan rakyat di kawasan masing-masing di sebalik pengurangan peruntukan kerajaan kepada mereka.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, antaranya Ahli Parlimen boleh berusaha mendapatkan bantuan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada rakan-rakan korporat mereka.
“Dalam keadaan ekonomi dan kekangan kewangan yang ada ini, setiap Ahli Parlimen perlu mengambil tanggungjawab supaya dapat menyantuni warga setempat di kawasan mereka.
“Apa yang penting, pastikan kebajikan rakyat itu sentiasa terbela,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri konsert Muzika Ekstravaganza di Angkasapuri semalam, yang turut dihadiri Menteri Perhubungan dan…