Menurut pengasas Malakat Mall iaitu Coach Fadzil, mereka akan terus bina kekuatan perniagaan dan tidak berhenti di sini.
“Untuk anggota-anggota KoPPIM, kami masih komited untuk mendepani cabaran. Kami akan cuba membantu KoPPIM membeli saham ahli-ahli yang ingin menjual semula syer mereka walaupun proses ini akan mengambil masa yang lebih lama.
“KoPPIM tetap kekal sebagai Koperasi Strategik yang mana jika digembeleng kekuatannya secara betul akan berjaya menjadi pembina ekonomi Ummah,” katanya.