
Malaysia Airlines Bhd kembali ke senarai 50 syarikat penerbangan teratas di dunia dalam laporan terkini Brand Finance Airlines 50 2025.
Pengarah Urusan Malaysia Aviation Group (MAG), Izham Ismail, berkata syarikat penerbangan negara itu mencatat lonjakan nilai jenama sebanyak 209%, menjadikannya jenama syarikat penerbangan paling pesat berkembang di seluruh dunia.
Beliau menyifatkan kejayaan itu cerminan komitmen diperbaharui syarikat penerbangan itu terhadap kecemerlangan dan perkhidmatan pelanggan.
“Kami kembali ke 50 teratas dalam ranking Brand Finance Airlines 50, dengan lonjakan nilai jenama sebanyak 209% – bukti terhadap visi kami untuk meningkatkan janji kami kepada pelanggan,” katanya dalam sidang media ketika pelancaran kerjasama Malaysia Airlines dengan…