Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Sabah, Labuan

today1 May 2024

Background


Malaysia Airlines menjelaskan keselamatan penumpang dan anak kapal tetap menjadi keutamaan.

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines akan menyambung semula beberapa penerbangan dengan jadual baharu yang pada awalnya dibatalkan berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang, di Indonesia, baru-baru ini.

Dalam kenyataan, syarikat penerbangan itu menjelaskan pihaknya menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah hari ini dengan penerbangan terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.

Sementara itu, Malaysia Airlines menjadualkan semula penerbangan ke dan dari Kuala Lumpur ke Labuan yang melibatkan MH2608 (KUL-LBU) dan MH2609 (LBU-KUL).

Malaysia Airlines menjelaskan bagaimanapun, beberapa penerbangan masih dibatalkan sehingga diberitahu kelak.

“Perkembangan terkini akan diberikan secara berkala dan dimaklumkan terus kepada pelanggan yang terjejas,” katanya.

Penerbangan ke dan dari Sabah yang dibatalkan ialah MH2710 (KUL-SDK),…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post