
LONDON: Malaysia, yang telah sekian lama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin, akan membantu dalam pembinaan semula Gaza.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan berdoa agar gencatan senjata yang diumumkan semalam berterusan.
“Ada cabaran, kami berdoa (gencatan senjata) akan kekal. Kami akan bantu dalam pembinaan semula Gaza,” katanya kepada jemaah Masjid East London selepas solat Jumaat.
Anwar berkata ia sesuatu yang baik bahawa Jepun telah mengundang Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama Persidangan mengenai Kerjasama antara Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD), memfokuskan pada pembangunan semula Gaza.
Perjanjian gencatan senjata tiga fasa itu, diusahakan Mesir, Amerika Syarikat dan Qatar, akan dikuatkuasakan Ahad ini dan menyasarkan untuk menamatkan konflik 15 bulan di Gaza.
Pada Khamis, Anwar berkata…