Site icon Hot FM

Malaysia ambil alih pengerusi Asean


anwar ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima baton pengerusi Asean daripada Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone, di Vientiane hari ini. (Gambar Bernama)

VIENTIANE: Laos secara rasmi menyerahkan jawatan pengerusi Asean kepada Malaysia, sebagai tanda berakhirnya sidang kemuncak Asean ke-44 dan ke-45 serta mesyuarat berkaitan.

Majlis penutupan itu melambangkan perpindahan kepimpinan blok serantau itu, membuka laluan untuk Malaysia menerajui Asean.

Dalam ucapan penutupnya, Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone, menyampaikan penghargaan kepada para perwakilan atas kerjasama dan sokongan sepanjang Laos menjadi pengerusi, sebelum secara rasmi menyerahkan baton.

Ketika menyampaikan ucapan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia untuk mendukung nilai teras dan keutamaan Asean, sambil menekankan bahawa di bawah kepimpinan Malaysia, blok serantau ini akan terus teguh mengekalkan Asia Tenggara sebagai sebuah rantau yang aman, stabil dan makmur.

“Asean akan tetap tegas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version