Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Skuad kebangsaan Malaysia akan menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa pada September dan dijangka bakal turun menentang pasukan yang lebih kuat.
Perkara ini dikongsikan oleh Ahli Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj dimana lawan pasukan negara akan berada di ranking lebih tinggi berbanding Malaysia.
“Malaysia akan lalui dua perlawanan persahabatan pada September. Lawan kita bukan lagi Laos dan lain-lain. Kita akan cari lawan yang lagi tinggi ranking” – Presiden FAM
— Christopher Raj 🇲🇾 (@chrisraj23) June 14, 2022
Pasukan negara baru-baru ini berjaya melayakkan diri ke temasya Piapa Asia 2023 setelah menewaskan Bangladesh pada aksi terakhir kumpulan E peringkat kelayakan dengan keputusan 4-1.
Kemenangan ini meletakkan skuad Harimau Malaya dalam senarai lima pasukan naib juara kumpulan terbaik sekaligus melayakkan diri buat…