Hot FM

Malaysia bangun sistem karbon sendiri dahulu sebelum teroka pasaran global


Arthur Joseph Kurup menyaksikan antara majlis pertukaran perjanjian kerjasama yang dimeterai selepas perasmian Forest Carbon Offset (FCO). (Gambar Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam)
KUALA LUMPUR:

Malaysia akan mengutamakan usaha mewujudkan sistem pengukuran, pelaporan dan pengesahan karbon sendiri sebelum menceburi perdagangan kredit karbon antarabangsa, sementara menunggu penggubalan Akta Perubahan Iklim Negara bagi memperuntukkan kawal selia yang lebih menyeluruh.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Arthur Joseph Kurup berkata program Forest Carbon Offset (FCO) yang baru dilancarkan dan dilaksanakan di bawah Dana Hutan Malaysia (MFF) akan menyediakan asas teknikal bagi pembangunan pangkalan data kredit karbon negara.

Beliau berkata langkah mewujudkan kerangka kerja domestik yang kukuh amat penting bagi memastikan Malaysia mematuhi Artikel 6 Perjanjian Paris serta mekanisme antarabangsa seperti Mekanisme Pelarasan Sempadan Karbon (CBAM) Kesatuan Eropah dan Skim…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version