
PUTRAJAYA: Malaysia akan membentangkan Laporan Negara pada sesi Penilaian Berkala Sejagat (UPR) Keempat di Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland pada 25 Jan.
Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), penyertaan Malaysia dalam UPR kali ini – keempat selepas penilaian pada 2009, 2013 dan 2018 – mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi negara dalam usaha memajukan agenda hak asasi manusia di Malaysia.
Ia juga mencerminkan komitmen berterusan kerajaan bawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menjadikan hak asasi manusia keutamaan dalam agenda pembangunan negara.
Delegasi Malaysia diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bala Chandran Tharman.
UPR merupakan satu proses antara kerajaan yang diwujudkan bawah rangka kerja Majlis…