Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia berdepan kegagalan politik dan ekonomi, Ku Li beri amaran

today6 February 2022

Background



Tengku Razaleigh Hamzah berkata hanya kepimpinan yang luar biasa dapat membantu negara bangkit daripada kemelut ekonomi.

GEORGE TOWN: Ahli politik veteran Umno memberi amaran bahawa negara sedang berdepan kegagalan politik dan ekonomi, dan ia hanya mampu ditangani melalui kepimpinan yang luar biasa.

Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga Ahli Parlimen paling lama berkhidmat, menyenaraikan beberapa krisis yang mungkin berlaku dalam masa terdekat dan akan mengakibatkan banyak kesukaran kepada rakyat.

Beliau berkata, antaranya ialah kegagalan kepimpinan dan parti politik, krisis kesihatan yang mengancam nyawa yang memberi kesan kepada setiap aspek kehidupan dan gangguan rantaian bekalan makanan yang boleh menjejaskan kestabilan keselamatan makanan negara.

Katanya, sebarang gangguan rantaian bekalan makanan boleh mengakibatkan krisis struktur yang mendalam dalam semua aspek di Malaysia. Salah satu kesan yang mengganggu ini ialah pengangguran…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Yang Hangat

Impian jadi kenyataan

KUALA LUMPUR: Sentiasa mencari kelainan dalam setiap karya dihasilkan, penyanyi dan komposer muda, Naim Daniel tidak menyangka penyanyi rap terkemuka, Joe Flizzow sudi tampil dalam single terbarunya.

today6 February 2022