Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia ‘berpesta gol’, belasah Papua New Guinea 10-0

today20 June 2023

Background


Ia juga kemenangan terbesar dicatat skuad bola sepak negara sejak menewaskan Bhutan 7-0 pada aksi persahabatan pada April 2018.

Pemain sayap sensasi Muhammad Safawi Rasid antara pemain yang menyumbang gol dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Papua New Guinea di di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu. (Gambar Bernama)

KUALA NERUS: Persembahan cemerlang pada separuh masa kedua menjadi kunci kejayaan Malaysia membelasah Papua New Guinea 10-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, malam ini.

Paling mencuri tumpuan pada pertembungan yang disaksikan 9,592 penyokong itu adalah pemain sayap muda sensasi Arif Aiman Mohd Hanapi dan pemain naturalisasi Paulo Josue selepas masing-masing meledak empat dan tiga gol untuk membantu skuad Harimau Malaya merakam kemenangan besar.

Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon menjaringkan sembilan gol pada separuh masa kedua selepas mendahului di penghujung babak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post