Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia bina sekolah, hospital dan masjid di Gaza, kata Anwar

today29 January 2025

Background


Lebanon Israel
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata usaha pembangunan semula Gaza juga melibatkan kerjasama antara Jepun dan Malaysia melalui program Asia Timur. (Gambar AP)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan membina sebuah sekolah, hospital, dan masjid sebagai usaha permulaan dalam membantu membangunkan semula Gaza di Palestin, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pembinaan semula itu akan dijalankan melalui kolaborasi antara rakyat Malaysia dan sektor swasta.

“Ia sebagai usaha kita, pengorbanan masyarakat dan rakyat. Mudah-mudahan Allah memelihara kita dan menjamin keselamatan Gaza dan Palestin,” katanya menerusi rakaman video.

Anwar berkata usaha pembangunan semula Gaza ini juga melibatkan kerjasama antara kerajaan Jepun dan Malaysia, yang berhasrat menubuhkan serta melancarkan dana melalui program Asia Timur.

Pada 18 Jan lepas, Anwar dilaporkan berkata pembangunan semula Gaza yang hampir musnah akibat serangan Israel sejak Okt 2023, dijangka menelan kos lebih USD1 trilion.

Beliau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post