Hot FM

Malaysia-Brazil kerjasama rebut peluang pasaran halal bernilai USD3 trilion


Arthur Joseph Kurup
Brazil dan Malaysia amat serasi untuk bekerjasama kerana membawa kekuatan unik kepada sektor pertanian yang saling melengkapi, menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Arthur Joseph Kurup. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Brazil akan meningkatkan kerjasama untuk memanfaatkan pasaran halal global yang dijangka menjana USD3 trilion (USD1=RM4.253) pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Arthur Joseph Kurup.

Transaksi pertanian antara kedua-dua negara telah berada dalam aliran menaik sehingga mencecah RM6.4 bilion pada 2023.

“Brazil sudah pun menjadi pengeksport utama produk daging halal ke negara majoriti Muslim, manakala, Malaysia diiktiraf di peringkat global berikutan sistem pensijilan halalnya yang mantap di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Dengan menyelaraskan kekuatan masing-masing, kami boleh mengembangkan penyelidikan dan capaian kami dalam pasaran halal global,” katanya pada Pameran Halal…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version