Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia bukan dibina untuk 1 kaum sahaja, kata Salleh

today30 August 2026

Background


Salleh Said Keruak
Salleh Said Keruak berkata Malaysia juga milik generasi akan datang dan negara diwarisi mereka perlu lebih bersatu, adil, makmur serta yakin menghadapi masa depan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Malaysia tidak pernah dibina hanya untuk satu kaum atau agama, mahupun untuk kelompok kecil ahli politik, kata veteran Umno Sabah Salleh Said Keruak.

Sebaliknya, katanya, negara ini adalah milik semua rakyat Malaysia.

“Setiap komuniti mesti merasakan mereka mempunyai tempat, suara dan kepentingan dalam masa depan negara,” kata Salleh, bekas ketua menteri Sabah, menerusi hantaran Facebook menjelang Hari Kebangsaan dan Hari Sabah.

Salleh berkata kekuatan negara terletak pada kepelbagaiannya, dengan Malaysia yang wujud hari ini terbina hasil sumbangan pelbagai kaum dan masyarakat.

Katanya, Malaysia bukan sekadar milik generasi hari ini tetapi juga generasi akan datang, dan negara yang diwarisi mereka perlu menjadi sebuah Malaysia yang lebih bersatu, adil, makmur serta yakin menghadapi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post