
JAKARTA: Malaysia dan China hari ini menyuarakan hasrat untuk menyempurnakan projek Laluan Rel Singapura-Kunming (SKRL), agar sistem pengangkutan awam yang cekap dalam perkhidmatan penumpang ataupun kargo dapat dinikmati negara-negara Asean.
Menteri Pengangkutan sementara, Wee Ka Siong menegaskan pendirian itu di Mesyuarat Menteri Pengangkutan Asean dan China ke-21 berlangsung di Bali, Indonesia.
Malaysia, merupakan pengerusi tetap jawatankuasa kerja khas SKRL.
Beliau berkata, sekretariat Asean turut berkongsi pandangan sama, di mana keperluan mewujudkan perbincangan pembinaan pengangkutan rel merentas sempadan dan kerjasama projek rel baru yang melibatkan semua negara Asean, khususnya negara-negara Asean yang tidak terlibat dalam projek itu.
“Perbincangan di antara negara-negara Asean seperti ini amat…