Malaysia yang diwakili Ahmad Muhaimin atau dikenali sebagai Minbappe memenangi perlawanan pertama 3-0 dan perlawanan kedua 2-0 seterusnya dinobatkan sebagai juara saingan terbabit.
Lebih membanggakan lagi, Malaysia merupakan satu-satunya negara daripada ASEAN pertama berjaya menjuarai kejohanan berprestij itu.
Sebagai rekod, kejohanan dunia itu bermula 9 hingga 11 Disember 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Malaysia menghantar empat wakil terdiri daripada Mohamad Danish Hakim Nor Azam, Mohamad Norhaikal Mohamad Noh, Muhammad Hariz Hazmi Hakimi dan Ahmad Muhaimin.