
KUALA LUMPUR: Kejayaan kerajaan Malaysia dalam pengurusan jemaah haji melalui Tabung Haji boleh menjadi model terbaik untuk dicontohi dan diterapkan oleh negara lain.
Perkara itu diperakui Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah yang menyifatkan kejayaan itu hasil pelaksanaan program latihan haji dan umrah yang sistematik, serta kecekapan sistem simpanan wang kendalian Tabung Haji.
“Ini semua demi memastikan jemaah haji Malaysia mempunyai pengalaman yang cukup bagi memudahkan mereka menunaikan haji dengan tenang dan yakin.
“Sebagai model global (Malaysia) yang patut dicontohi, saya amat gembira mengetahui tentangnya,” katanya di platform media sosial, X.
Beliau kini dalam rangka lawatan ke Malaysia bermula Isnin hingga esok bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara kerajaan Arab Saudi dan Malaysia.
Ketika di Malaysia, beliau turut…