Penyelesaiannya mungkin sudah pun wujud, cuma ia belum cukup meluas. Malaysia sebenarnya antara negara di Asia Tenggara yang telah mula membina struktur lintasan khas untuk haiwan liar sejak tahun 2000-an.
Dikenali sebagai eco-viaduct atau terowong lintasan hidupan liar, struktur ini berfungsi sebagai laluan selamat untuk haiwan seperti tapir, harimau, gajah, dan lain-lain merentasi kawasan habitat yang terpisah akibat pembinaan jalan raya.
Kebanyakan struktur ini dibina di kawasan yang dikenal pasti sebagai ‘wildlife corridor’Â iaitu laluan semula jadi migrasi haiwan. Tanpa struktur ini, banyak haiwan terpaksa menyeberangi lebuhraya yang sibuk, mengakibatkan kes kemalangan maut sama ada kepada haiwan mahupun pemandu.