Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia gesa PBB bertindak segera tangani krisis Palestin, Myanmar

today28 September 2024

Background


mohamad hasan
Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dua hala dengan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres di luar sesi ke-79 Perhimpunan Agung badan dunia itu di New York. (Gambar Facebook)

NEW YORK: Menteri Luar, Mohamad Hasan dalam pertemuan dua hala dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Jumaat menggesa badan dunia itu mengambil tindakan pantas dan tegas bagi menangani krisis di Palestin serta Myanmar.

Mohamad menyuarakan kebimbangan mendalam Malaysia terhadap konflik berterusan serta pencabulan hak asasi manusia di dua wilayah itu.

Beliau menyeru PBB memperhebatkan usaha memulihkan keamanan dan kestabilan, menekankan keperluan segera untuk menangani krisis kemanusiaan yang menjejaskan jutaan orang awam.

“Saya telah menyuarakan kebimbangan kami dan menggesa PBB mengambil tindakan drastik bagi memastikan keamanan untuk rakyat Palestin dan Myanmar,” Kementerian Luar memetiknya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam pertemuan sama, Mohamad turut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA