Duta Besar Indonesia Hermono berkata kumpulan kerja bersama (JWG) akan meneruskan perbincangan di Kuala Lumpur pada Jun.

PETALING JAYA: Malaysia dan Indonesia mengadakan perbincangan dalam usaha untuk mengurangkan kos membawa masuk pembantu rumah kepada RM15,000.
Ini susulan mesyuarat kumpulan kerja bersama (JWG) di Jakarta pada 21 Feb.
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono berkata, wakil dari kedua-dua negara hadir pada mesyuarat itu bersetuju mengenai keperluan untuk mengurangkan kos dengan melihat pelbagai komponen terlibat dalam membawa masuk pembantu rumah itu.
“Kami akan berbincang dengan organisasi mewakili agensi pengambilan di negara masing-masing dan melihat cara untuk mengurangkan kos. Ini tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata,” katanya kepada FMT.

“Kami akan membentangkan…