
JAKARTA: Malaysia akan mengatur strategi dalam merangka misi bersama Indonesia ke Kesatuan Eropah (EU) untuk mengetahui dan memberi maklum balas terhadap perkembangan dasar semasa blok itu terhadap minyak sawit, kata Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof.
Menteri perladangan dan komoditi berkata, misi itu juga akan mengemukakan fakta saintifik, kepentingan ekonomi dalam konteks sosial dan amalan perladangan yang diterap di kedua-dua negara.
“Kita akan bawa bersama wakil-wakil pekebun kecil untuk menyuarakan pandangan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat dua hala bersama Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto di sini.
Malaysia telah mengambil alih jawatan sebagai pengerusi Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) pada 2023 dari…