Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Malaysia sekali lagi bertemu pasukan dari Asia Tenggara apabila mereka diundi dalam kumpulan C bersama Korea Selatan, Thailand dan Vietnam untuk Kejohanan Piala Asia bawah 23 tahun (B-23) yang berlangsung di Uzbekistan pada 1 hingga 19 Jun 2022.
Ini kali kedua Malaysia berada satu kumpulan dengan Thailand selepas pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia pada bulan Oktober lalu dimana kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
Keputusan undian rasmi Piala Asia B-23 2022.
Malaysia berada dalam kumpulan C bersama Korea Selatan, Thailand dan Vietnam.#AFCU23 pic.twitter.com/HUlEf60Lo1
— VOCKET FC (@vocketfc) February 17, 2022
Tuan rumah, Uzbekistan berada dalam kumpulan A bersama Iran, Qatar dan Turkmenistan. Manakala kumpulan B dianggap sebagai kumpulan maut apabila diisi oleh dua pemenang tempat ketiga tahun lalu iaitu Australia dan Jordan bersama Juara edisi 2013, Iraq serta…