KUALA LUMPUR: Beraksi tanpa sorakan kumpulan penyokong tegar Ultras Malaya tidak menghalang skuad kebangsaan untuk melangkah ke perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 selepas bangkit menundukkan Filipina 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pada aksi separuh akhir itu yang juga tugasan pertama Pau Marti Vicente sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya, Filipina yang diberi julukan The Azkals terlebih dahulu membuka jaringan menerusi gol sendiri pemain pertahanan negara Muhamad Feroz Baharudin pada minit ke-27.
Bagaimanapun, sentuhan penyudah pemain tengah Mohammad Syamer Kutty Abba dan penalti pemain sayap gantian Muhammad Safawi Rasid masing-masing di lewat babak pertama dan separuh masa kedua berjaya menyelamatkan maruah skuad negara di laman sendiri.
Kejayaan itu membolehkan Malaysia meneruskan misi mendakap kejuaraan Pestabola Merdeka apabila…