
KUALA LUMPUR: Malaysia menzahirkan kekesalan berhubung permohonan Palestin untuk menjadi negara pemerhati pada Persidangan Mengenai Pelucutan Senjata (CD) bagi sesi 2024 dibantah beberapa delegasi.
Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin ketika menyampaikan kenyataan negara pada persidangan sesi 2024 di Geneva pada Rabu berkata, Malaysia berpendapat Palestin mempunyai hak yang sama untuk menyertai persidangan itu.
Beliau berkata Palestin merupakan negara pemerhati bukan anggota Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan “state party” kepada perjanjian pelucutan senjata, iaitu Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear, Konvensyen Senjata Biologi dan Toksin, dan Konvensyen Senjata Kimia yang telah dirunding dan diterima pakai oleh CD.
“Malaysia menggariskan kepentingan prinsip keterangkuman dan multilateralisme dalam persidangan itu,”…
