Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia ketinggalan 2-1 selepas Aaron-Wooi Yik raih 1 mata

today4 May 2024

Background


Pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan mata pertama negara selepas menewaskan gandingan China pada separuh akhir Piala Thomas di Chengdu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: China mendahului Malaysia 2-1 dalam saingan separuh akhir Piala Thomas di Chengdu malam ini, apabila perseorangan kedua negara, Leong Jun Hao tewas 21-17, 21-10 kepada Li Shi Feng.

Jun Hao gagal meneruskan momentum beregu utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang menghadiahkan satu mata untuk menyamakan kedudukan dengan China 1-1 selepas pemain perseorangan pertama, Lee Zii Jia tersingkir dalam aksi pembukaan.

Zii Jia gagal menghadiahkan mata pertama apabila tewas straight set kepada wakil tuan rumah, Shi Yu Qi 19-21, 5-21 dalam 35 minit di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone, China.

Ini kekalahan kelimanya kepada pemain nombor dua dunia itu dalam enam pertemuan.

Malaysia meraih mata pertama apabila Aaron dan Wooi Yik menundukkan pasangan nombor satu dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post