
PUTRAJAYA: Malaysia sebagai pengerusi Asean semasa menegaskan komitmennya untuk memastikan Asia Tenggara kekal sebagai zon bebas senjata nuklear selaras Piagam Asean dan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ).
Menurut Kementerian Luar dalam kenyataan, Menteri Luar Mohamad Hasan menyatakan demikian ketika menyampaikan kenyataan negara melalui rakaman pada Segmen Peringkat Tinggi Persidangan Mengenai Pelucutan Senjata (CD) 2025 di Geneva, Switzerland pada 24 Feb.
Beliau menekankan keperluan mendesak untuk memajukan agenda pelucutan senjata di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan ancaman berterusan senjata nuklear, sambil menyatakan bahawa penghapusan total senjata nuklear adalah satu-satunya jaminan mutlak terhadap…