
PETALING JAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim Israel di kem pelarian al-Mawasi pada 13 Julai, yang meragut banyak nyawa tidak berdosa, termasuk wanita dan kanak-kanak, selain mencederakan ratusan lain.
Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata, serangan keji dan tidak berperikemanusiaan yang berlaku di kawasan Rafah itu, ditetapkan oleh Israel sebagai zon selamat untuk rakyat Palestin, menunjukkan pengabaian dan tindakan tidak menghormati nyawa manusia.
“Ia juga bercanggah dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang antarabangsa,” katanya, lapor Bernama.
“Malaysia kekal dengan sokongan teguh terhadap rakyat Palestin dan menolak sekeras-kerasnya keganasan dan kekejaman yang…