
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Kuwait bersedia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pertahanan yang amat diperlukan dan boleh membantu memanfaatkan kedua-dua negara.
Menteri Pertahanan, Khaled Nordin, berkata perkara itu dipersetujui semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Kuwait Sheikh Fahad Yousef Saud Al-Sabah yang juga menteri pertahanan merangkap menteri dalam negeri Kuwait di Kementerian Pertahanan Kuwait pada Isnin.
“Sebagaimana Kuwait melihat Laut China Selatan sebagai kawasan penting, Malaysia juga memberi perhatian kepada kawasan Timur Tengah, kerana apa saja yang berlaku di kawasan itu boleh membawa impak kepada dunia, maka perlu untuk Malaysia memahami dan mengetahui soal-soal yang dihadapi di Timur Tengah.
“Melalui MoU itu, tentunya kita akan dapat…