
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong berkata Malaysia mengalu-alukan lebih banyak pelaburan melibatkan pembuatan semikonduktor yang lebih berkualiti.
Kata Liew, penambahan pelaburan dalam bidang ini melibatkan rantaian bekalan utama yang merangkumi reka bentuk IC, fabrikasi wafer dan pembuatan peralatan, pemasangan, ujian dan pembungkusan.
“Matlamat utama kami adalah untuk menjana peluang pekerjaan berkemahiran tinggi yang menawarkan gaji yang lebih baik untuk bakat-bakat di Malaysia,” kata beliau dalam satu kenyataan di Facebook.
Terdahulu hari ini, beliau menerima kehadiran Presiden Persatuan Industri Semikonduktor (SIA) John Neuffer di kementeriannya.
Selain itu, jelasnya pembuatan semikonduktor merupakan segmen terpenting…