Site icon Hot FM

Malaysia mampu jadi Harimau Digital Asia, kata menteri


Fahmi Fadzil berkata, ia susulan kemasukan pelabur seperti Amazon Web Services dan pelbagai syarikat menubuhkan pusat pemprosesan data serantau di Malaysia.

Fahmi Fadzil berkata, Malaysia boleh menjadi tempat latihan bagi pegawai pemprosesan data kerana banyak syarikat memilih negara ini sebagai pusat memproses data mereka.

KUALA LUMPUR: Kemasukan pelabur seperti Amazon Web Services (AWS) dan pelbagai syarikat menubuhkan pusat pemprosesan data serantau di negara ini mampu menjadikan Malaysia sebagai Harimau Digital Asia, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, keputusan Amazon melabur RM25.5 bilion adalah petanda lebih ramai pelabur akan melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan sesuai untuk mereka.

“Kini, banyak syarikat memilih Malaysia sebagai pusat memproses data, terutamanya di Johor, Cyberjaya dan Pulau Pinang.

“Memandangkan Malaysia menjadi hab pusat data bagi rantau ini dan seterusnya, negara boleh menjadi tempat latihan bagi pegawai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version