Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia mohon India eksport 500,000 tan metrik beras, kata Mat Sabu

today27 March 2024

Background


Pada 18 Okt 2023 media melaporkan India meluluskan pengeksportan 170,000 tan metrik beras putih bukan Basmati ke Malaysia, sebagai tanda persahabatan istimewa antara kedua-dua negara.

PUTRAJAYA: Kerajaan berhasrat mengemukakan permohonan peruntukan tambahan daripada India untuk mengeksport 500,000 tan metrik beras putih negara itu ke Malaysia, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.

Mohamad berkata, permohonan secara rasmi kepada kerajaan India akan dibuat menerusi saluran diplomatik tidak lama lagi.